Seorang bapa pulang ke rumah pada lewat malam dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...
Anak : Ayah...ayah…boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah : Hmmm...nak tanya apa?
Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking...
Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah : 20 ringgit sejam…Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya.
Anak : Oh…20 ringgit… Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata,
"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi !? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah! pergi masuk bilik… tidur! Dah pukul berapa nih...!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sehingga 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah… ambil ni"
Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyak ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan...
"Duit ini Amin kumpul dari wang belanja sekolah Amin yang ayah bagi tiap-tiap hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa?" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah,ayah ambil duit ni… Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu...Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya, sambil memulangkan wang 20 ringgit kepada ayahnya…
Moral yang boleh diambil daripada cerita ini
" Berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit" itu bersama-sama dengan insan yang kita sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang harinyanya, yang akan bekerja esok dan lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa kita berlalu dalam kesibukan dengan begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita…yang sentiasa berada di dalam hati kita…
Bayangkan, bagaimana apabila sudah bekerja, kalau kita mati… pihak syarikat akan senang-senang mencari orang lain untuk menggantikan tempat kita… Tapi...Isteri, keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang kita tinggalkan di dunia ini pasti akan merasa suatu kehilangan yang amat besar sepanjang hidup mereka... Fikirlah, selama ini... apakah yang kita telah buat demi keluarga kita, untuk insan yang kita sayang???
Isnin, 25 Januari 2010
Murahnya Kasih Sayang …
Posted by ana sorfina at 4:15 PTG 0 comments
UNTUKMU ADIKKU SAYANG
Suatu petang nan sepi, diriku yang berada kejauhan darimu, didatangi perasaan itu. Apa khabar adikku? Kakakmu ini kerinduan. Dengarnya sudah masuk sekolah baru, dunia yang jauh sekali berbeza dengan duniamu yang dulu. Benar kan? Sekolah rendah dan sekolah menengah manakan sama. Kudengar khabarmu dari mama tercinta. Hajatnya mahu bercakap dengan dirimu, tapi Dia tak mengizinkan lagi kerana kau masih perlu berdagang ilmu di sekolah berasrama itu.
Adik tidak berada di rumah. Adik masih berada di sana. Adik, demi Allah tatkala mendengar suara mama tercinta berbicara tentangmu, aku bersyukur sangat. Mama sangat ceria dan bahagia bercerita, dan sangat terasa betapa Dia Maha Penyayang memilihmu dik. Ada ayat-ayat dari mama yang menggentarkan jiwaku dik,
"Kami mendengar adik membaca Quran, lenggok dan gayanya dah berubah. Lagi sedap dari dulu dan bunyinya macam orang-orang tahfiz mengaji..."
Adik, boleh kubayangkan wajah mama tatkala itu.. Wajah ketenangan yang seolah-olah tak pernah diusik oleh riak resah kemashalatan.. Adik, nanti perdengarkan kepada kakak juga iya? Mahu dengar juga bacaan penyejuk hati mama itu..
Adik, sekarang kudengar bait-bait lagu ini. Lagu yang ditujukan pada kekasih, mungkin.. Tapi entah kenapa dik, bila kudengar saja lagu ini, aku teringatkanmu. Dengar ya..
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik-baik sayang kerna aku untukmu
Adik, seperti kebiasan orang yang terpaksa melindungi orang-orang bawahannya. Mana mungkin akan kubiarkan dirimu menangis dan bersedih. Tak mahu adik bersedih, tak mahu adik menangis kerna ku tahu erti hadir diriku padamu, dik. Sepertinya aku ini permaisurimu, bidadarimu, kaptenmu.. Ringkas kata, aku idolamu.
Pernah dulu, aku dipandang jelek, tapi kau saja yang mengatakan aku comel. Pernah dulu, aku menghindarimu kerana keletihan, lalu kau tunggu aku di luar bilik dan juga mengintaiku di sebalik jendela bilikku. Pernah dulu, aku mengurungkan diri dan menyeksa diri kerna mengalami gangguan jiwa lantaran penangan cinta manusia, dan kau masih sama dik. Menungguku di luar bilik dan mengintai keadaanku di sebalik jendela bilik. Dan senyumanmu sangat ikhlas terukir.
Senyuman yang mahu mengundang senyumanku. Senyuman yang merayukan senyumanku. Lalu dengan separuh hati, ku terpaksa ukirkan juga senyuman. Dan ajaibnya dik, senyumanmu makin berseri malah melebar. Gembira bila kakak gembira iya? Walau masih kecil, kau mahu berlagak besar. Seolah-olah mahu berkata, "Jangan bimbang kakak! Adik ada! "
Cinta apa yang kau hulurkan itu dik? Sungguh berbesar hati jika kehadiranku bakal menghapuskan dukamu. Sesungguhnya aku tahu kemampuanku. Aku tak sepertimu, cemerlang serba serbi. Aku, dari dulu hanya murid biasa, pelajar biasa, dan mahasiswi biasa. Dari dulu hingga sekarang pencapaianku biasa-biasa. Ingin aku katakan, kegembiraan terulung mama dan abah adalah dari pencapaianmu dan juga pencapaian kekandamu yang seorang lagi.
Ada kerungsingan yang mengetuk hatiku suatu tika dulu. Jika kalian berdua telah berada di atasku, adakah aku masih kakakmu? Adakah aku masih kaptenmu? Tak kupinta harta yang bakal kalian gapai. Tak kuminta kemasyhuran yang bakal kalian tempa. Hanya berikan aku kehormatan yang selayaknya aku terima, kerna dari dulu cinta dan kasihku pada kalian adalah benar, insyaallah. Hormatilah mama, abah sentiasa dan hormatilah aku seadanya.. Dan buatlah semua itu kerana menuntut keredhaan Dia.
Hidupmu masih jauh dan masih panjang, insyaallah. Di depan hari, bermacam cabaran yang terpaksa kau hadapi. Masihkah aku ada untukmu bila tiba masa itu? Hanya dengan izin-Nya. Dari dulu dan mungkin hingga sekarang, aku hanya mampu memberi sokongan moral. Ingat ya.. Sampai satu masa, aku akan ketandusan solusi pada permasalahanmu. Kata-kataku tidak lagi menjadi ubat penenang hatimu. Senyumanku tidak lagi bakal menggembirakanmu. Kehadiranku tidak lagi menjadi kebahagiaanmu. Walau realiti ini perit untuk ditelan, aku pasrah.. Aku akan terusan mengalunkan rangkap ini dalam kebisuan.. Baik-baik sayang, kerna kau kehormatanku..
Sekuat semampuku sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik-baik sayang kerna aku untukmu
Baik-baik sayang, ada aku untukmu? Betapa bahagianya aku, jika itu yang sentiasa berlaku. Namun dik, jika semua dayaku telah kucurahkan untuk menolongmu, tapi Dia tak mengizinkan apa-apa perubahan berlaku, maka sedarlah dik.. Bukan aku sebaik-baik penolong! Aku ini hanya pinjaman. Pinjaman itu akan diambil satu hari nanti. Umpama sebuah robot yang bertuan. Dan robot bakal kehabisan bateri jika Tuannya mahu itu yang terjadi.
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik penolong. Kehadiranku hanya dengan izin-Nya untuk membantumu. Itupun dengan buah-buah pikiran yang telah Dia ilhamkan. Maka bersyukurlah pada-Nya dik. Setiap kebaikan itu dari-Nya. Jika kau bersedih atau kau gembira, maka cepat-cepatlah kembalikan hatimu pada-Nya. Itu kurniaan-Nya, maka bersyukurlah, jangan leka..
Adik, apalah sangat erti aku padamu jika dibandingkan erti Dia padamu? Apalah sangat makna kasih sayangku padamu jika nak dibandingkan kasih sayang-Nya padamu? Adik, sungguh banyak tanda-tanda kasih sayang-Nya pada kita. Telitilah kisah-kisah para sahabat dan para tabi'in yang bertaubat. Sungguh banyak dik..
Izinkan aku menceritakan padamu kisah seorang tabi'in, Malik bin Dinar yang kukira sangat meyentuh hatiku.. Allah yang Maha Pemurah, menghadirkan rasa sakit bagi menyatakan rasa sayang-Nya pada kita.. Sakit tu tarbiyyah dari Dia, perit tu panggilan cinta Dia.
Malik adalah seorang tabi'in dan terkenal darinya kerana selalu menangis sepanjang malam sambil berkata,"Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dari penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah, jadikanlah aku penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka."
Di awal hidupnya, dia tidak mempunyai ketakwaan seperti ini. Dia berkata,"Aku mulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku memakan riba, aku memukul manusia, aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku."
Dia berkata lagi,"Tapi suatu hari aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol khamr (arak), lalu ia mendekat padaku, sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedang dia baru berusia dua tahun. Seakan Allah menjadikan dia melakukan itu. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah. Dan semakin aku selangkah lebih dekat dengan Allah, maka aku sedikit demi sedikit semakin jauh dari maksiat, hingga usia Fatimah genap 3 tahun."
"Ketika usianya 3 tahun, dia mati... Maka hidupku berubah menjadi lebih buruk dari yang dahulu. Aku belum memiliki kesabaran orang beriman yang menguatkanku menerima bala, sehingga syaitan mempermainkanku. Sampai datang satu hari, maka syaitan berkata,"Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperi itu sebelumnya.." . Maka aku pun ingin mabuk, aku ingin minum Khamr, sehingga aku minum sepanjang malam.
Lalu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku pada hari kiamat. Ketika matahari menjadi gelap, lautan berubah menjadi api, bumi bergoncang, dan manusia berkumpul di hari kiamat, manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia, aku mendengar ada yang menyeru,"Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada yang Maha Memaksa."
Aku lihat wajah Fulan bin Fulan itu berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehingga aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tidak ada orang di bumi Mahsyar itu. Lalu aku melihat ular besar lagi ganas berjalan ke arahku sambil membuka mulutnya. Aku pun lari ketakutan, hingga aku menemukan lelaki tua lagi lemah dan aku berkata,
"Tolonglah halau dari ular itu."
Dia berkata,"Anakku, aku lemah, aku tidak mampu menolongmu, tetapi larilah ke arah ini mungkin kau akan selamat."
Aku pun lari ke arah yang dia tunjukkan. Ular berada di belakangku dan di depanku neraka. Maka aku pun berkata,
"Apakah aku akan lari dari ular dan jatuh ke neraka?"
Aku pun segera kembali lari dan ular semakin mendekat, aku kembali pada lelaki lemah itu sambil berkata,
"Selamatkanlah aku, tolonglah aku." Dia pun menangis kasihan pada keadaanku, lalu berkata,
"Aku lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa, tetapi larilah ke gunung itu mungkin kau akan selamat."
Aku pun lari ke gunung dan ular akan menyambarku. Lalu aku lihat puncak gunung itu anak-anak kecil, mereka berteriak,
"Wahai Fatimah, temuilah ayahmu! Temuilah ayahmu!"
Aku pun tahu kalau itu anakku. Aku senang anakku yang mati di usia 3 tahun menolongku, mengambil tanganku dan mengusir ular itu dengan tangan kirinya, sedang aku seperti mayat kerana takut. Lalu aku pun duduk di kamarku seperti aku duduk di dunia, dan Fatimah berkata,"Wahai ayahku,'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman, untuk tunduk hati mengingat Allah... ' (Al-Hadid: 16)".
Aku bertanya,"Wahai anakku, beritahulah padaku tentang ular itu!" Fatimah menjawab,
"Itu adalah amalmu yang buruk, yang kau besar-besarkan dan kembangkan, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai ayahku, bahawa amal di dunia akan berubah memiliki jasad di hari kiamat?"
Aku bertanya lagi,"Dan lelaki lemah itu?". Fatimah menjawab,
"Itu amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis melihat keadaanmu, dan tidak mampu melakukan sesuatu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika kecil tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu."
Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak,"Telah datang, wahai Tuhanku... Telah datang, wahai Tuhanku... ‘Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah...' "
Aku pun mandi dan keluar solat Subuh, aku ingin taubat, kembali pada Allah. Ketika aku masuk masjid, sang imam sedang membaca,
" Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah... (Al-Hadid: 16) ".
Malik pun bertaubat sehingga dia terkenal setiap hari duduk di depan masjid sambil berkata,"Wahai hamba yang bermaksiat, kembalilah pada Majikanmu. Wahai hamba yang lalai, kembalilah pada Majikanmu. Wahai hamba yang lari, kembalilah pada Majikanmu, Majikanmu menyerumu setiap malam dan siang hari sambil berkata,'Siapa yang mendekat padaku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta, lalu siapa yang mendekat pada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekat padanya satu depa, dan siapa mendekat pada-Ku sambil berjalan, maka Aku akan mendekat pada-Nya sambil berlari kecil'. " (HR. Bukhari dan Muslim)..."
Subhanallah.. Setiap yang berlaku pasti dan tentu ada hikmahnya.. Percayakan Dia. Sandarkan segala-galanya pada Dia. Sungguh Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang padamu. Maka, apa erti hadir-Nya padamu dik?
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diri-Nya
Kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang ada Dia untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik-baik sayang kerna Dia untukmu
Jagalah dirimu baik-baik sayang, kerna kau kebangaan mama dan abah.. Kau kehormatanku..
Dan semoga kau menjadi mujahidah solehah yang bakal menjadi keharuman agama.. Semoga kau adalah kecintaan-Nya.. Jadilah seperti Fatimah binti Malik bin Dinar itu.. Bermanfaat ketika di hari kiamat..
Sumber inspirasi penulis: Adik yang sentiasa akan jadi adik..
Sumber isi taipan: Hati Sebening Mata Air, oleh Amru Khalid. Lagu Baik-baik Sayang, oleh Wali Band.
Posted by ana sorfina at 4:10 PTG 0 comments
Keluhan Seorang Pendakwah
Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?
Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?
Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.
Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?
Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?
Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!
(At-Taubah:111)
Posted by ana sorfina at 4:08 PTG 0 comments
Lawaklah , Hanya ini Yang Beriman
Assalamualaikum....
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit
untuk membaca ini....kalau lebih
dua minit tu bukan membaca la tu..tapi
mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada
anda..... Suatu hari pada masa.
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba
masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa *****a dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu
salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana
ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000
tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Iman mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. Selain terhibur
anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg
mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang
mudah Lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki
hanya Membawa mesin-gun.. dia tak kata
Pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah.. baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya *****a
seminggu sahaja.. tu pun bila
time sembahyang jumaat.. tunjuk muka
kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time
sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang di tulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya
dunia
Hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn
boyfriend atau Girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada
ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua
tempat tapi merasa berat nak berkongsi
dan nak hantar artikel2 yang
berunsur agama
Lawak kan ??? Kenapa gelak? Itu kan
realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca
benda ni
akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka email ni
untuk luangkan masa membaca? berapa
banyak????
wallahuaallam"
Posted by ana sorfina at 3:57 PTG 0 comments
Sabtu, 23 Januari 2010
::.FrEnZ cArE,FrEnZ ShArE,wE nEeD frEnZ EvErYwHeRe::..
My Friend My Friend when I think of you.
I think of all that we've been through.
All the times we argue and fight,
I know deep inside that it isn't right.
I, then feel bad and alot of pain.
It feels like I've fallen from the sky like the rain.
I love you dear friend with all of my heart.
But now that you're gone I've fallen apart.
I'm getting better as the days go by.
I wish sometimes this was all a big lie.
I pray to you every night.
It's like you're my fire, a burning light.
My dear friend, I miss you alot.
I still wonder why you were put in that spot.
I know you're in a place much better than here.
Watching and helping me with all of my fear.
Our friendship my dear friend,
we will have to the end.
Friends til the end is what we will be.
Someday we'll be together,
together you and me.
Posted by fatin nadiah at 9:50 PG 0 comments
::..luV n M!Ss u aLL::..
Forever Friends Make new friends Poem For My Best Friend : DEAR FRIENDS ARE HARD TO FIND Friends
you'r my friend and that is true,
but the gift was given from me to you.
we went thru moments that were good and bad,
even moments that were happy and sad.
you suported me when i was in tears,
we stuck together when we were in fear,
its really sad that it had to be this way,
but it has reached its very last day.
miles away cant keep us apart,
'cause you'll always be in my heart.
But keep the old
One is sliver and the other gold !
DEAR FRIENDS BRING PEACE OF MIND
YOU MY BEST FRIEND ... ARE ONE OF A KIND
Friends smile at you.
They like your face.
They want to be with you
Any old place.
Friends have fun with you.
Friends share
They’re glad when you’re happy---
When you’re sad, they care.
If you’re a friend
Then you care, too.
That’s why your friends
Are glad you’re you!!!
Posted by fatin nadiah at 9:48 PG 0 comments
Jumaat, 22 Januari 2010
::..miSs u aLL::..
Sahabat..,
Tidakkah kau tahu,,,
Aku terlalu sunyi,,
Perasaan ini begitu menyiksakan,,
Bertemankan sepi dan Hening malam,,
Berjauhan denganmu bukan kehendakku,,,
Tidakkah kau tahu,,,
Teriakku memanggil mu,,
Kesepian ini membuat aku pilu,,,
Betapa aku merinduimu,,
Ingin mendengar suaramu walau sekejap,,
Cuma cukup mengobati laraku,,,
Saat terbenam matahari,,
Hingga terbit fajar,,
Perasaan ku tidak puas,,,
Mimpi indahku tak datang,,
Resah dan gelisah membalut hiba,,
Aku tak dapat tidur,,,
Seperti mereka yang kedamaian,,
Sepi itu indah,,,
Tapi bukan untukku,,,
Karena senyap sunyi itulah,,,
Telah membunuh ku,,,
Telah membunuh ku,,,
Telah membunuh ku,,,
Kini sepi tak lagi untukku
Karena memang sepi bukan untukku
Fajar merekah
Beri kilau kedamaian jiwa
Terulur tangan nan kekar
Menuntun dalam bimbang
Tuk keluar dari sepiku
Karena memang sepi bukan untukku…..
Posted by fatin nadiah at 12:07 PG 0 comments
Isnin, 28 Disember 2009
BAcaLah SaHabAtKu...
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
1 minit untuk mengingati Allah
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Dan hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Posted by haliqA at 8:58 PG 0 comments
monyet genius
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.
"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...
Posted by haliqA at 8:55 PG 0 comments
3 Soalan 1 Jawapan
Renungan.....
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di
luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada
orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor
dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan
wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api
kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan. Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit
itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi
akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda
akan menerima sebuah tamparan dari saya
hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat dari api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan
menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.
Posted by haliqA at 8:53 PG 0 comments
Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan
SUATU MALAM di bulan puasa, bertempat di sebuah tempat yang dirahsiakan kerana tidak diketahui oleh manusia tentang logistik sebenarnya, para hantu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak. Lantaran pergerakan dan tidak dapat bergerak bebas, para hantu mengambil kesempatan bulan puasa untuk mengadakan mesyuarat agung di samping bartanya khabar antara satu sama lain. Dalam keadaan berantai kaki dan tangan, para hantu bersusah mengadiri mesyuarat di ruang seminar yang juga tidak disahkan kedudukan sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dan prestij berbanding mesyuarat agung parti-parti politik dalam negara atau mungkin juga tak seberapa memandangkan tidak dapat bergerak bebas.
Sebagaimana organisasi parti-parti politik atau persatuan yang ditubuhkan oleh manusia, pertubuhan hantu-hantu kebangsaan juga mempunyai carta organisasi tersendiri. Selaku hantu yang paling besar dan popular, hantu raya dipilih menduduki kerusi presiden meskipun dicabar oleh pontianak. Timbalan presiden disandang oleh hantu penanggal. Naib presiden pula dijawat oleh jembalang, pocong dan pontianak. Setiausaha agungnya ialah pelesit. Manakala bendaharinya pula ialah toyol. Polong pula menduduki kerusi pengerusi tetap. Sementara langsuir, hantu galah, hantu kopek, hantu bungkus, hantu golek, antu air dan hantu lampor pula merangkap ahli jawatankuasa. Tidak keinggalan drakula, vampire dan hantu Jepun yang datang sebagai pemerhati. Namun pada tahun pemilihan jawatan tidak diadakan kerana sudah diadakan pada tahun lalu.
Setelah hantu raya merasmikan miesyuarat dan membuat ucapan pembukaan, membentang penyata mesyuaat tahun oleh setiausaha dan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari, maka tibalah giliran para hantu melaporkan tugas dan ketidakpuasan hati berkenaan tugas serta tangungjawab masing-masing.
"Siapa yang mahu mulakan pemtentangan laporan dan usul kali ini?" ujar polong selaku pengerusi tetap.
"Aku dulu, tuan pengerusi!" laung langsuir seraya mengangkat tangan dan berdiri.
"Silakan... tapi bercakap tu biar bersopan sikit. Gunakan bahasa mesyuarat. Jaga sikit status kita sebagai hantu yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Kau kan hantu wanita. Silakan, lang..." tegur polong.
"Maafkan saya, tuan pengerusi. Sebenarnya aku... ops! Sebenarnya saya dah fedap nak jadi hantu lagi. Saya fedap sebab manusia macam dah tak gerun lagi kat aku. Ahh! Payahlah nak cakap saya-saya ni! Manusia bukan saja tak gerun kat aku tapi berebut nak sumbat aku dalam botol sebab nak glemer masuk dalam paper. Dah tu pulak aku mengilai macam nak rak pun manusia buat dek je. Suara aku mengilai dah tenggelam dengan bunyi ekzos motor yang berlumba haram. Langsung aku tak boleh nak cari makan sekarang ni. Nak-nak lagi kat bandar. Sehinggakan nak beza perempuan pun susah. Sekali tu aku ingatkan nak hisap darah perempuan ngandung, rupanya mat rock yang berambut panjang dan perut boroi. Konfius aku dibuatnya. Jadi..."
"Stop! cukup setakat itu, lang. Masa tak mengizinkan. Kita beri peluang pada hantu lain pulak, okey? Next...!' pintas polong selaku pengerusi tetap kerana bimbang usul negatif langsuir itu mempengaruhi minda hantu-hantu yang lain.
"Saya! Saya... tuan pengerusi!' jerit toyol mengangkat tangan sambil terloncat-loncat untuk menarik perhatian pengerusi tetap.
"Silakan, yol!"
"Terima kasih , tuan pengerusi. Yang berbahagia tuan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha, ahli jawatankuasa..."
"Tak payahlah ikut protokol sangat, yol. Buang masa je protokol ni. Teruskan dengan laporan dan usul anda," celah polong.
"Baiklah, tuan pengerusi. Untuk pengetahuan tuan pengerusi dan presiden, saya bercadang untuk meletak jawatan sebagai bendahari. Saya bimbang kalau-kalau tidak berupaya memikul amanah. Tuan pengerusi dan presiden faham-faham sajalah tugas dan peranan saya sebagai toyol. Kerja saya mencuri duit, bukannya menjaga duit. Jadi saya takut kalau-kalau tercuri duit persatuan. Seperkara lagi, saya sependapat dengan langsuir dan bercadang untul berhenti dari jadi hantu. Lagipun khidmat saya sudah jarang digunakan oleh manusia. Tambah pulak sekarang ni manusia lebih cekap mencuri dan merompak berbanding saya. Saya curi ikut person dan secara kecil-kecilan saja tapi manusia merompak secara besar-besaran. Dah tu siap guna senjata api dan ada yang sampai bunuh membunuh. Jadi..."
"Cukup, yol! Masa dah habis. Next.." Sekali lagi polong terpaksa memotong usul yang dikemukan oleh toyol sebagaimana yang disampai oleh langsuir sebentar tadi.
"Saya, tuan pengerusi...!" sahut pontianak sambil melonjakkan tapi tak terdaya untuk melonjak tinggi kerana dibelenggu rantai.
"Silakan, pon."
"Terima kasih, tuan pengerusi. Sebenarnya saya masih kecewa kerana kalah besar dalam pemilihan jawatan tahun lalu. Saya tak faham kenapa hantu-hantu sekalian memilih hantu raya padahal saya lebih popular. Kisah saya ada dalam filem manusia dan lagu pun ada..."
"Nanti dulu, pon! Saya rasa masalah awak tu lebih bersifat kepentingan peribadi. Kita beri peluang pada hantu lain, okey?.'"sekat polong.
"Saya, tuan pengerusi!"
"Tunggu dulu, tuan pengerusi. Saya belum habis cakap lagi," pontianak meninggikan suara dan cuba menghalang pelesit dari merebut gilirannya meluahkan perasaan.
"Berilah dia peluang," hantu raya selaku presiden menggunakan kuasanya untuk membenarkan bekas kekasihnya meneruskan bicara.
"Baiklah, presiden. Teruskan, pon..."
'Terima kasih, tuan presiden. I love you. Sebenarnya saya dah malas nak jadi hantu lagi. Manusia sekarang dah tak takut kat hantu lagi. Mereka lebih takut pada lembaga. Bukan lembaga hantu tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Waran tangkap kesalahan trafik pun mereka takut. Lagipun buat apa nak jadi hantu lagi sebab manusia sendiri pun dah macam hantu. Ada yang jadi hantu judi, hantu mabuk, hantu perempuan, hantu dangdut, hantu..."
"Dah! Dah! Cukup...! Sekian saja mesyuarat kita kali ini. Dengan ini saya..."
"Tunggulah dulu, tuan pengerusi. Saya pun fedap jugak jadi hantu!" jerit pelesit yang tak puas hati kerana tak berpeluang meluahkan isi hati. Namun polong tetap menamatkan mesyuarat bagi mengelak sekalian hantu bersepakat untuk mogok daripada terus menjadi hantu.
"Tuan pengerusi! Giliran saya camne, tuan pengerusi? Tuan pengerusi...!!!"
"Tuan pengerusi...!!!"
psstt: semua di atas sekadar hiburan shj. tidaakk ada kene mengena dengan sesapa yg lain....hehehe
Posted by haliqA at 8:49 PG 0 comments
