Isnin, 28 Disember 2009

Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan

SUATU MALAM di bulan puasa, bertempat di sebuah tempat yang dirahsiakan kerana tidak diketahui oleh manusia tentang logistik sebenarnya, para hantu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak. Lantaran pergerakan dan tidak dapat bergerak bebas, para hantu mengambil kesempatan bulan puasa untuk mengadakan mesyuarat agung di samping bartanya khabar antara satu sama lain. Dalam keadaan berantai kaki dan tangan, para hantu bersusah mengadiri mesyuarat di ruang seminar yang juga tidak disahkan kedudukan sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dan prestij berbanding mesyuarat agung parti-parti politik dalam negara atau mungkin juga tak seberapa memandangkan tidak dapat bergerak bebas.

Sebagaimana organisasi parti-parti politik atau persatuan yang ditubuhkan oleh manusia, pertubuhan hantu-hantu kebangsaan juga mempunyai carta organisasi tersendiri. Selaku hantu yang paling besar dan popular, hantu raya dipilih menduduki kerusi presiden meskipun dicabar oleh pontianak. Timbalan presiden disandang oleh hantu penanggal. Naib presiden pula dijawat oleh jembalang, pocong dan pontianak. Setiausaha agungnya ialah pelesit. Manakala bendaharinya pula ialah toyol. Polong pula menduduki kerusi pengerusi tetap. Sementara langsuir, hantu galah, hantu kopek, hantu bungkus, hantu golek, antu air dan hantu lampor pula merangkap ahli jawatankuasa. Tidak keinggalan drakula, vampire dan hantu Jepun yang datang sebagai pemerhati. Namun pada tahun pemilihan jawatan tidak diadakan kerana sudah diadakan pada tahun lalu.

Setelah hantu raya merasmikan miesyuarat dan membuat ucapan pembukaan, membentang penyata mesyuaat tahun oleh setiausaha dan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari, maka tibalah giliran para hantu melaporkan tugas dan ketidakpuasan hati berkenaan tugas serta tangungjawab masing-masing.

"Siapa yang mahu mulakan pemtentangan laporan dan usul kali ini?" ujar polong selaku pengerusi tetap.
"Aku dulu, tuan pengerusi!" laung langsuir seraya mengangkat tangan dan berdiri.
"Silakan... tapi bercakap tu biar bersopan sikit. Gunakan bahasa mesyuarat. Jaga sikit status kita sebagai hantu yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Kau kan hantu wanita. Silakan, lang..." tegur polong.
"Maafkan saya, tuan pengerusi. Sebenarnya aku... ops! Sebenarnya saya dah fedap nak jadi hantu lagi. Saya fedap sebab manusia macam dah tak gerun lagi kat aku. Ahh! Payahlah nak cakap saya-saya ni! Manusia bukan saja tak gerun kat aku tapi berebut nak sumbat aku dalam botol sebab nak glemer masuk dalam paper. Dah tu pulak aku mengilai macam nak rak pun manusia buat dek je. Suara aku mengilai dah tenggelam dengan bunyi ekzos motor yang berlumba haram. Langsung aku tak boleh nak cari makan sekarang ni. Nak-nak lagi kat bandar. Sehinggakan nak beza perempuan pun susah. Sekali tu aku ingatkan nak hisap darah perempuan ngandung, rupanya mat rock yang berambut panjang dan perut boroi. Konfius aku dibuatnya. Jadi..."
"Stop! cukup setakat itu, lang. Masa tak mengizinkan. Kita beri peluang pada hantu lain pulak, okey? Next...!' pintas polong selaku pengerusi tetap kerana bimbang usul negatif langsuir itu mempengaruhi minda hantu-hantu yang lain.
"Saya! Saya... tuan pengerusi!' jerit toyol mengangkat tangan sambil terloncat-loncat untuk menarik perhatian pengerusi tetap.
"Silakan, yol!"
"Terima kasih , tuan pengerusi. Yang berbahagia tuan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha, ahli jawatankuasa..."
"Tak payahlah ikut protokol sangat, yol. Buang masa je protokol ni. Teruskan dengan laporan dan usul anda," celah polong.
"Baiklah, tuan pengerusi. Untuk pengetahuan tuan pengerusi dan presiden, saya bercadang untuk meletak jawatan sebagai bendahari. Saya bimbang kalau-kalau tidak berupaya memikul amanah. Tuan pengerusi dan presiden faham-faham sajalah tugas dan peranan saya sebagai toyol. Kerja saya mencuri duit, bukannya menjaga duit. Jadi saya takut kalau-kalau tercuri duit persatuan. Seperkara lagi, saya sependapat dengan langsuir dan bercadang untul berhenti dari jadi hantu. Lagipun khidmat saya sudah jarang digunakan oleh manusia. Tambah pulak sekarang ni manusia lebih cekap mencuri dan merompak berbanding saya. Saya curi ikut person dan secara kecil-kecilan saja tapi manusia merompak secara besar-besaran. Dah tu siap guna senjata api dan ada yang sampai bunuh membunuh. Jadi..."
"Cukup, yol! Masa dah habis. Next.." Sekali lagi polong terpaksa memotong usul yang dikemukan oleh toyol sebagaimana yang disampai oleh langsuir sebentar tadi.
"Saya, tuan pengerusi...!" sahut pontianak sambil melonjakkan tapi tak terdaya untuk melonjak tinggi kerana dibelenggu rantai.
"Silakan, pon."
"Terima kasih, tuan pengerusi. Sebenarnya saya masih kecewa kerana kalah besar dalam pemilihan jawatan tahun lalu. Saya tak faham kenapa hantu-hantu sekalian memilih hantu raya padahal saya lebih popular. Kisah saya ada dalam filem manusia dan lagu pun ada..."
"Nanti dulu, pon! Saya rasa masalah awak tu lebih bersifat kepentingan peribadi. Kita beri peluang pada hantu lain, okey?.'"sekat polong.
"Saya, tuan pengerusi!"
"Tunggu dulu, tuan pengerusi. Saya belum habis cakap lagi," pontianak meninggikan suara dan cuba menghalang pelesit dari merebut gilirannya meluahkan perasaan.
"Berilah dia peluang," hantu raya selaku presiden menggunakan kuasanya untuk membenarkan bekas kekasihnya meneruskan bicara.
"Baiklah, presiden. Teruskan, pon..."
'Terima kasih, tuan presiden. I love you. Sebenarnya saya dah malas nak jadi hantu lagi. Manusia sekarang dah tak takut kat hantu lagi. Mereka lebih takut pada lembaga. Bukan lembaga hantu tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Waran tangkap kesalahan trafik pun mereka takut. Lagipun buat apa nak jadi hantu lagi sebab manusia sendiri pun dah macam hantu. Ada yang jadi hantu judi, hantu mabuk, hantu perempuan, hantu dangdut, hantu..."
"Dah! Dah! Cukup...! Sekian saja mesyuarat kita kali ini. Dengan ini saya..."
"Tunggulah dulu, tuan pengerusi. Saya pun fedap jugak jadi hantu!" jerit pelesit yang tak puas hati kerana tak berpeluang meluahkan isi hati. Namun polong tetap menamatkan mesyuarat bagi mengelak sekalian hantu bersepakat untuk mogok daripada terus menjadi hantu.
"Tuan pengerusi! Giliran saya camne, tuan pengerusi? Tuan pengerusi...!!!"
"Tuan pengerusi...!!!"

psstt: semua di atas sekadar hiburan shj. tidaakk ada kene mengena dengan sesapa yg lain....hehehe

0 comments: