Ahad, 27 September 2009

::kEsAn ZiKiR tErHaDaP oTaK---bw0k2 la bzKIR::



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.





Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah
Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

                                                                                                                                       ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Ahad, 13 September 2009

::KalAu RasE dirI 2 BerGelaR saHabAt rjin2 R bCe yEp::



MEMBER YANG BERGELAR SAHABAT

Sebuah karya misteri yang tak berapa misteri sangat la.....


Fadzil merupakan anak jati kampung. Ayahnya telah meninggal dunia. Yang tinggal kini hanyalah ibu dan adik perempuannya. Fadzil dilahirkan dalam Keluarga yang serba kekurangan. Senang citer, orang miskin la. Sejak ayahnya meninggal dunia, hidupnya sekeluarga semakin menderita. Namun, semiskin-miskin Keluarga Fadzil, sempat jugak dia menamatkan pengajian dalam kursus Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar.


Kini, masa semakin lama semakin pantas berlalu. Fadzil tidak boleh berdiam diri. Baru 2 minggu dia menamatkan pengajian di politeknik. Namun, kesusahan keluarganya menyebabkan hatinya mendesak-desak supaya lekas mencari kerja.


Satu hari, sedang dia membelek-belek majalah memori, terpandang la plak dia akan member kamcingnya semasa di politeknik dulu. Yang membezakannya ialah, member kamcingnya itu mengambil kursus Sijil Penyamanan Udara. Nama membernya tu ialah Zahari. So, kalau sijil, 2 tahun je la kalau nak bandingkan diploma 3 tahun. Maka terpisahla mereka tatkala Zahari telah menggredkan dirinya terlebih dahulu.


“ Apa khabar la si zahari ni.. lama tak dengar cerita. Baik aku call dia sat”bisik hatinya.


Dengan motor kapcai peninggalan ayahnya, Fadzil keluar untuk mencari public phone.


“assalamualaikum… boleh cakap dengan Zahari??” katanya awal bicara. “walaikumsalam, siapa ni??”….suara garau seoarang perempuan tua menyapa.


“saya Fadzil kawannya Zahari”…balasnya “ooo,kawannya zahari ye.. Zahari dah kerja kat kolumpo nun. Dah dekat setahun la dia kerja.. Kerja kat dalam opis..”jawab wanita itu ramah..


“ooo, kalau camtu, macammane saya nak kontek dia makcik?”Tanya Fadzil. “nak kontek dia ye… kejab ee, makcik nak carik cermin mata. Nombor hansetnya ada ni, tapi makcik tak nampak, sat ye…”


“haa, ok, elo, elo, ade lagi ke tu?”…..
“aaa, ade makcik, saya tengah tunggu la ni…..”


“ha, hambik nombor dia ni…. 0.1.7.5.9.3.9.2
“eh, kejab-kejab makcik,….0..1..7..5..9..3……..
“01759392..”…”dapat??” (nombor dirahsiakan utk keselamatan)
“ok-ok, terima kasih makcik ye…”
“ha ah, ye lah…
“ok…assalamualaikum…..”
“walaikumsalam….”

……………………………………………………………………………………

Fadzil pun menelepon la plak nombor hanset yang di bagi tadi…..

“assalamualaikum……” kata Fadzil awal bicara.

“walaikumsalam….” Jawab satu suara.

“boleh cakap ngan Zahari??” balas Fadzil.

“ye….Zahari bercakap”

“ahaks…wei rie, ni aku la….fadzil….” kata Fadzil “haa?? Fadzil…..?? Fadzil DPP??”

“ye la….” Sambung fadzil
“ish. Tak sangka… mana kau dapat nombor aku ni?? Jawab zahari
“mak kau bagi tadi…” sambungnya lagi
“hi hi, apa citer skrg??” tanya zahari

“hebat kau sekarang rie, takde keje kosong ke kat sane…?” soal fadzil “perkh, memang rezeki kau. Bos aku memang tengah carik pekerja tu. Lagi2 kau punya course management kan. Mai la sini..!” pelawa zahari.

“ye ke…err, macam mane aku nak jumpa kau??” tanya fadzil untuk mendapat kepastian.
“ala, kau sampai pudu je, call aku….” Jawab zahari.

“bila aku boleh datang rie??”
“sekarang pun boleh dil..”

Eh, rie, oklah, duit aku dah nak abis ni, insya allah aku akan datang. Aku percaya kat kau. Kau tunggu aku tau!” pesan fadzil yang tampak gembira dengan berita terbaru itu.
“okeh” balas zahari.

Dipendekkan citer, maka si Fadzil ni pun nak berangkat la ke kulumpo untuk keje kat tempat Zahari. Setelah mintak izin ngan ibunya, berangkat la dia ke kulumpo….
Sampainya di kolumpo, tujuannya yang utama ialah untuk menghubungi Zahari. Dipendekkan lagi citer, maka bertemu la diorang di puduraya.

“mantap la kau sekarang rie, jeles aku….” Kata fadzil
“ ala dil, sikit2 je. Akupun lepasan sijil je. Lainla ngko, diploma, mesti bos aku nanti bagi gaji tinggi kat ngko…” balas Zahari panjang.

“ala rie….ko ni, yang membezakan kita bukannya diploma ataupun sijil. Iman tu yang utama. Kalau aku dapat master sekalipun, kalau tak sembahyang apa guna. Takde nilai di sisi allah taala….” Kata Fadzil yang menyebabkan Zahari terpinga sebentar.
“erkk, be.. betui tu…..” hihi…eh, jomla pi umah aku dil. Karang kena saman plak keta aku kat luar tu….” Pintas Zahari memotong bicara.
“wokeh”….

……………………………………………………………………………………………..

“eh rie, sebelum sampai umah ngko, jom kita singgah jab masjid depan tu. Aku tak solat lagi la…. Kene jamak ni….” Pinta Fadzil tatkala mereka melalui jalan Selayang Baru. “aaa….err, okeh..okeh” jawab Zahari.

“malunya aku….aku jarang sembahyang ni…..” cetus hati zahari…..

Sememangnya Zahari tak pernah pun menjejakkan kaki kat masjid tu. Walaupun rumahnya berhampiran dengan masjid, namun, ambil wuduk di masjid itu pun tak pernah. Inilah first time kiranya dia menjejakkan kaki ke masjid itu atas ajakan Fadzil.

Maka, mereka pun sama-sama bersolat di masjid tersebut.. Walaupun sekian lama Zahari malas sembahyang selepas keluar poli, tapi bila beliau melakukan solat zuhur itu, beliau dapat merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasai selama ini…. Dan setelah selesai melakukan solat, Zahari merasakan ketenangan jiwa yang amat sangat…

“ohh, tenang pulak rasanya….” Cetus hatinya…..

Lepas tu, diorang jalan-jalan lagi….

………………………………………………………………………………………………

Maka, setelah menjalani beberapa proses, maka Fadzil diterima bekerja di office Zahari. Duduk pun serumah la jugak ngan Zahari… Setelah beberapa bulan di kolumpo……

“eh rie, aku tengok kau ni, hari minggu ke…hari biasa ke, tak pernah pun dating? Kau takde makwe ke hape??” Tanya fadzil suatu hari sedang mereka makan malam.
“he he….. kau bukan tak tau Fadzil….aku ni mana la tau nak mengayat awek…segan la aku”…. Jawab zahari.

“he he…tak kisah la tu ye….lagi pun, bukannya elok bawak anak dara orang ke hulu ke hilir ye tak?? Tapi….he ..he…serba salah pulak aku nak cakap……he he…” kata Fadzil.
“apa he he he pulak kau ni dil??” Tanya Zahari ingin mengetahui selanjutnya.

“macam ni…err…aku ni sebagai member kamcing kau, jadi aku tau la hati budi kau walaupun kita tak lama sangat kenal… sebab tu aku tau..kau ni baik orangnya….. he ..he..ni bukan nak memuji tau…” kata Fadzil sebagai kata awalnya.
“so…”

“sebenarnya aku ada seorang adik perempuan…nak kata cun sangat tu takde la..tapi kira okey la…itu la satu-satunya adik aku. Ayah aku dah lama meninggal….jadi sekarang ni, dia la yang jaga mak aku kat kampung. Aku bagitau kau ni bukan la niat aku nak mengoffer adik sendiri…. Tapi kalau kau betul-betul serius nak kat dia, kau pinang je la terus….nak tak??” tawar Fadzil yang menyebabkan Zahari agak terkejut dengan tawaran itu. “he he…sabor je la dulu….aku fikir dulu la. Lagi pun, cinta ni tak buleh di paksa kan?” jawab Zahari yang serba dalam keadaan terkejut.

“terpulang la pada ngko….kalau ko nak, kau kabor la kat aku yek…..” pintas Fadzil.
“he he..”” apa la kau ni dil, yang bukan2 je…..”

“ntah ntah, adik ngko tak lawa. Sebab tu kau offer kat aku. Hi hi.. cetus hati zahari.

…………………………………………………………………………………

“ eh..rie, rie!….aku ada emergency kes ni. Aku kena balik kampung hari ni jugak. Aku sesaje je call jiran aku tadi. Dia kabor mak aku sakit” kata zahari suatu hari….
“aa. Err, ye lah……”

Sudah masuk tiga hari Fadzil balik ke kampung di Batu Pahat. Zahari dah mula risau..
“awat lama sangat budak ni kat kampung”…….

Hari keempatnya, Fadzil muncul di pejabat. Zahari pun tak tau ntah bila masa Fadzil sampai dari kampung. Alih-alih dah ada kat pejabat. Tak sampai tiga hari di kolumpo, Fadzil ambil cuti lagi untuk selama 3 hari. Atas alasan menjaga emaknya yang sedang sakit. Zahari yang faham akan keadaan emaknya hanya membiarkan membernya itu pulang ke kampung tanpa banyak soalan..

Masuk hari ketiga lagi dalam cutinya, Zahari mendapat panggilan telefon daripada Fadzil..

“rie, kau kabor pada Encik Marzuki, habaq kat dia, aku mintak cuti lagi dua hari. Ada hal penting. Key.” Kata Fadzil melulu ibarat dikejar keretapi….
“eh, tapi dil………..ktak……tut…tut…tut……telefon diletakkan tanpa sempat Zahari menanyakan apa yang terjadi sebenarnya kat Fadzil di kampung.

Tiba hari kedua sambungan cuti Fadzil tadi, maka Fadzil pun pulang semula ke Kolumpu. Dia pun sampai tang masa waktu pejabat. Alih-alih je muncul. Sesampai je Fadzil ke pejabat, dia terus masuk ke bilik bos.

“ape kene dengan Fadzil ni……” cetus hati zahari yang mula mengesyaki sesuatu..

…………………………………………………………………………………………….

satu jam kemudian, barulah Fadzil keluar dari bilik Encik Marzuki. Zahari terus menerpa ke arahnya.

“dil, apa yang berlaku sebenarnya? Tanya Zahari dengan serta merta. “err, memang akuada masalah. Aku rasa aku nak mintak tolong kau sikit la rie.” Jawab Fadzil.
“apa dia??” Tanya Zahari tidak sabar-sabar.
“err, malulah aku nak cakap kat sini. Kita sembang kat rumah je lah nanti ye…” kata Fadzil.
“ em..okeylah”

Maka selepas waktu pejabat habis, mereka terus pulang ke rumah.

“apa masalah kau sebenarnya ni dil??” Tanya Zahari tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa sebnarnya yang terjadi.
“macam ni….mak aku kat kampung tengah sakit kuat. Jadinya, untuk merawat nya memerlukan kos yang tinggi. Dah puas aku carik ikhtiar untuk dapatkan wang tu. Jadinya sekarang, kalau kau tak keberatan, aku nak pinjam duit kau lima ribu ringgit. Aku janji aku akan bayar balik la… kata fadzil.

“oo, macam tu. Pasal duit ni aku tak kisah sangat dil. Aku pun percaya kat ngko. Ngko bayar ansur-ansur nanti pun takpe. Takpela, kalau macam tu, aku bagi la ngko pinjam.” Jawab Zahari menyebabkan Zahari kelihatan ceria.
“terima kasih rie, sememangnya kau lah sahabat aku dalam banyak-banyak member yang aku ada.” Jawab Fadzil.

Pagi esoknya, Fadzil pulang ke kampung di Batu Pahat bersama wang yang dipinjamkan oleh Zahari. Agak lama Fadzil di kampung.

Dari hari makan berminggu, dari minggu makan berbulan. Kini sudah masuk 8 bulan Fadzil di kampung tanpa khabar berita. Zahari sudah tak senang duduk. Keikhlasannya memberi wang pinjaman kepada Fadzil sudah semakin pudar.

……………………………………………………………………………………………

“aku rasa la rie, fadzil tu kelentong ngko dah. Orang sekarang ni macam-macam rie. Harap muka je baik, tapi dalam, macam hape ntah. Tentu dia nak abihkan duit ngko. Alasan dia je kata mak dia sakit. Ntah-ntah, dia dah goyang kaki sekarang.” Kata Malik member sepejabat Zahari sewaktu mereka makan tengahari…

“tak guna kau Fadzil.. aku tak sangka kau kencing aku. Harap baik je. Sia-sia je aku ikut ajakan kau sembahyang. Rupa-ripanya kau penipu besar. Abis duit aku. Tak guna kau dillllllllll!!! “ kata Zahari lantang yang dah mula terpengaruh dengan hasutan membernya malik tadi. Zahari sudah berburuk sangka pada Fadzil. Solat lima waktu yang di ajak oleh Fadzil dulu kini ditinggalkan. Hatinya sudah remuk dan terbakar akibat terasa dirinya tertipu.

............................................................................................................................................

Tak lama kemudian, Zahari menerima sepucuk surat dari Batu Pahat. Tak pernah-pernah dia dapat surat dari Johor. Perlahan dia membuka surat itu. Pendek sahaja isinya..

“ zahari sahabatku, kalau engkau nak tau apa yang sedang terjadi, kau mai la umah aku kat batu pahat ni. Ala, jenguk-jengukla aku kat sini. Kaupun bukannya pernah mai johor. Dulu mase study kat poli kau kata nak datang umah aku, tapi kau tak datang-datang pun. Ni alamat aku…No 4, Jalan Parit Lintang, Parit Yaani, 83710, Yong Peng Johor. Susah sangat, kau nengok la peta yang aku bagi kat belakang surat ni. Datang tau…! Assalamualaikum”

“hampeh ngko Dil. Nak suruh aku datang umah ngko plak. Okey! Aku datang! Aku nak tau betul ke mak kau sakit. “ cetus hati zahari.

............................................................................................................................................

So, Zahari pun pergi ke Batu Pahat seperti mana yang di jemput oleh Fadzil di dalam suratnya. Dipendekkan citer, sampaila si Zahari ni kat umah Fadzil. Memang serba kekurangan.

“assalamualaikum” “assalamumlaikum” salam Zahari.
“mane plak orang kat umah ni.” Cetus hatinya setelah lama salamnya tidak berjawab. “walaikumsalam” seorang gadis manis bertudung labuh menyapa dari celahan pintu.

“er,, alamak, aku salah rumah ke ni....” getus hatinya melihat gadis cantik di hadapannya.
“ye....encik nak carik siapa??” tanya si gadis sopan.
“err, betul ke ini rumah Fadzil?? Tanya Zahari..

Si gadis muslimah tadi terdiam seketika. Matanya redup sayu memandang Zahari seakan-akan membaca sesuatu di benak sanubarinya...

“ ye betul, ini rumah zahari. Tapi dia takde sekarang” jawab gadis tadi.
“dia ke mana? Saya datang dari jauh ni nak jumpa dia.” Kata Zahari..
“kalau macam tu, encik naik la rumah saya. Tak kisah. Mak saya ada di dalam. Jemputla naik encik...” pelawa si gadis,..

Masuk-masuk je Zahari ke dalam rumah Fazil, maknya sedang solat. So, dia pun terpaksa la tunggu sehingga selesai.
“aik, kata sakit, elok je mak dia ni.Ish, musykil2. kalau dia kelentong aku, takkan dia boleh jemput aku ke rumahnya ni.?? “ berbagai soalan menerpa benak Zahari.

....................................................................................................................................


“anak ni Zahari ke? Fadzil dah ceritakan segala-galanya pada makcik. Syukur dia dapat sahabat macam kau ni. Baik, pemurah.”kata makcik timah, emak fadzil.

“takde la makcik, saya takla sebaik yang di sangka.” Pintas Zahari. “er, mana Fadzil makcik?? Dari tadi tak nampak bayang?? Tanya Zahari..
“ermm, ni Fadzil ada bagi kau surat ni. Makcik pun tak tau la apa yang ditulisnya. Kau bacala sendiri. Makcik nak masuk dalam jab. “ kata mak timah.

Zahari mengambil surat yang dihulurkan oleh Makcik Timah. Seketika dia melihat ada air mata jernih berlinangan di mata perempuan tua itu tatkala dia ingin meninggalkan ruang tamu itu. Dia kebingungan. Apa yang terjadi ni?? Dia membuka perlahan surat itu. Buka sahaja surat itu, terselit cek bernilai lima ribu yang diberinya pada Fadzil tak lama dahulu. “eh, dia tak gunakan ke duit yang aku bagi?” cetus hatinya.

...........................................................................................................................................

Assalamualaikum wbt.
Fadzil sahabatku. Tatkala kau tiba di teratak usangku ini, aku sedang jalan-jalan kejab. Tak lama nanti, kau jumpa la aku. Sebelum tu, aku nak story la kat kau sikit.
Aku beruntung dapat bersahabat dengan engkau. Walaupun persahabtan kita cuma seketika, namun ikatan ukhwah yang terjalin tak akan aku lupakan.

Ingat lagi sewaktu kita di poli dulu. Indahkan. Semasa kita di sem 1, kita berjaya hidupkan blok kita dengan suasana Islam. Kita berjaya membawa member2 kita yang lain untuk sama-sama menghayati Islam. Ingat lagi semasa kita pergi rehlah dulu? Kau menangis-nangis selepas program tazkiyatul nafs. Aku respect la kat ko time tu. Memang kau menjiwai sungguh program tu. Kau nak tau apa yang aku buat time tu? Hi hi.... aku tido....

Masuk je sem 2, kita terpisah. Kau dok di luar dan aku stay di asrama. Namun, kita tetap bersahabatkan.

Oklah. Untuk pegetahuan kau, aku ada menghidap sejenis penyakit yang best. Ala, kau pun tau penyakit yang popular ni kan. Dia dah serang kat kepala aku. Sebab tu dulu aku asyik mc je kan. Mase keje dengan ko satu pejabat dulu, kau tentu peningkan sebab aku selalu je balik kampung. Aku pi check kat hospital. Sorilah kerana aku bohongi kau. Aku ada tujuan aku sendiri yang mengatakan mak aku sakit.

Duit lima ribu yang aku pinjam kat ngko tu aku dah pulangkan balik. Tujuan aku buat macam tu bukanlah untuk membayar kos perubatan aku, tapi aku hanya ingin menduga sejauh mana kau sanggup berkorban demi seorang sahabat. Ternyata kau memang best. Dan aku rasa aku tak tersalah pilih..

Dan sekarang satu amanah aku nak berikan pada kau. Selama kita kenal, aku tak pernah pun minta pada kau, dan inilah yang satu-satunya yang dapat aku mintak tolong kau tunaikan. Kau nikahilah adik aku yang sorang tu. Kau jagalah dia. Sekarang dia tengah menunggu panggilan untuk ke universiti. Tapi takpe, sekuarang-kurangnya, dapatlah kau menjadi ahli keluarga aku. Bukannya aku nak menumpang kekayaan kau, jauh sekali tidak, tapi, mengenangkan kau sahabatku, kau jadikanlah adik aku tu sebagai isteri kau.

Satu lagi, kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini hanyalah semntara. Oleh itu, cariklah bekalan secukupnya untuk kita menuju ke jalan ilahi. Sebab tu aku ajak kau solat jemaah sama-sama dan ke masjid. Insya allah, dari pandangan mata kasarku, kau boleh menjadi seorang pejuang agama yang hebat suatu hari nanti. Yang penting, kecekalan kau menghadapai dugaan dan cabaran.

Oklah, aku dah takde idea dah ni. Sorilah, surat ni aku buat dalam nada sedih. Saje je. Nak feeling la kononnya. Hi hi. Doktor kata, ada mase dua tiga hari lagi ni, sebab tu la aku tulis surat kat ngkau ni.

Oklah rie. Terima kasih kerana menjadi sahabatku.

Walaupun aku bukanlah yang terbaik untuk menjadi sahabatmu, tapi aku nak kau tahu bahawa aku akan menganggap kau sebagai sahabat sejatiku dunia dan akhirat.

Sahabatmu:

Mohd Fadzil Hazwan bin Mustafa.
X-DPP PUO

................................................................................................................................................

Seperti tidak percaya apa yang terjadi. Zahari merasakan yang ia sedang bermimpi. Perlahan air mata lelakinya berlinangan. Sudah lama dia tak mengalirkan air mata. Pertama kali ia mengalami perasaan ini.


“dengan nama Allah, aku berjanji, tika dan saat ini, akan kuserahkan hidupku untuk jalanMu ya Allah. Sesungguhnya ini adalah petunjuk darimu...... maha Besar dirimu Ya Allah......ajaibnya sebuah persahabatan.............



abis.....

Jumaat, 11 September 2009

::mOtIvAsI sKeT::

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "
 

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Khamis, 10 September 2009

::kUcINg sPo Lo niH::

Sori kekwn..aq post video cm ni..aq x dpt thn gelak ble nengok video nih..so aq nk share ngn korg..sori yer klo ad y mara..x berniat paper pon..just wanna org terhibur..k regards

-ana_sorfina-



Isnin, 7 September 2009

::NiLaI KaSiH iBu::


Ini adalah kisah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,
pakaian, dan keperluanmu PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata
, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

 

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

::WaHaI mUsLiMaH::

Seindah mawar yang menguntum

Seharum bauan nan mewangi

Tumbuhnya dikau di taman hati

Kedua ayahbunda yang dihormati


Wanita...

KejelitaanMu tiada ukur tara

Bukanlah pada paras diwajah

Tapi keayuanmu datangnya

Dari hati yg beriman lagi bertaqwa

Letaknya harga diriMu

Bukanlah dengan bergaya pakaianmu.

Itulah benteng yang menunjukkan

Seorang muslimah yang jitu

Iman disanubari adalah mahkota yang tidak ternilai

Janganlah biarkan ia dirampas hancur berkecai


Remaja...

Kami semua remaja

Diri adakalanya meronta

Ingin mencuba

Tetapi ada batasannya

Jikalau Iman teguh didada

Gundah gulana dapat dijajah

Taqwa yg kau semadikan

Dalam diri yang penuh dengan pencarian

Ya Allah mudahkan kita jalani kehidupan

Dengan penuh keredhaan

Demikian itu

Jagalah dirimu seperti dikau

menjaga harta kesayanganmu


Wanita...

dikau ibarat rama-rama

Selagi warna sayapmu tidak terurai

Selagi itulah dikau diMinati dan diSayangi

Seindah mawar yang menguntum

Seharum bauan nan mewangi

Tumbuhnya dikau di taman hati

Kedua ayahbunda yang dihormati

::iBu InDaHnYa tAnGaNmU::


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.

Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... ......

  ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

::aDiK DaN KaKaK::

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.


"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita

fikir dan renungkanlah............ 

::BeRaPa kAlI NaK CaKaP, CoUpLe tU HaArAmM::


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..




Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..


Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"


Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******




Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..].

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..


Takkan..buat selama-lamanya.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more